Total Pageviews

Saturday 25 February 2012

Sabtu Yang Indah

Assalammualaikum..its saturday moning..early wakeup today...hee tak ada la awal sangat...macam biasa bangun untuk pergi kerja..tapi harini cuti so boleh bangun lewat sikit 6.40 gitu..pagi-pagi bangun mengadap Dia...syukur yaAllah ku masih bernyawa atas pinjaman Kau..lepas aje solat subuh rasa macam segar dan tak mengantuk...so amik al-quran mengaji kejap...aku tertarik nak berkongsi ayat yang aku bace pagi ni sebenarnya..

Surah An-Nur juz 18..dalam surah ni banyak peringatan yang Allah turunkan..hubungan antara lelaki perempuan..hukum-hukum..tapi lebih tertumpu kepada perempuan..ada beberapa potong ayat yang aku nak share kat sini..ayat 21
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengikut langkah2 syaitan.barang siapa mengikut langkahnya, maka sesungguhnya syitan menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Kalau bukan kurnia dan rahmat Allah kepadamu, niscaya tiada sorang pun dianatara kamu bersih dari perbuatan keji dan mungkar itu selama-lamanya.tetapi Allah menbersihkan siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Ayat 26
perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji, sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik.Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia di surga.

Ayat 30
Katakan kepada lelaki2 beriman, agar menjaga pandangan dan memlihara kemaluan, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat

Ayat 31
Katakan kepada perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan dan janganlah menampakkan perhiasan iaitu aurat kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah menutup kain ke dadanya dan janganlah menampakan perhiasanya iaitu auratnya kecuali kepada suami dan orang2 yang muhrim. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang2 yang beriman agar kamu beruntung.

Banyak yang aku belajar dari surah An-Nur ni...semoga Allah sentiasa guide aku ke jalan yang diredaiNya..memang banyak dugaan untuk aku bila aku berubah untuk menjadi baik.Bermacam-macam..tapi aku tahu Allah sayang kepada aku, tu sebab Dia uji ujian bertimpa2 kat aku..tapi kadang2 aku tak terdaya nak menempuhnya sorg..hemm..

Macam ustazah dah aku rasa...haha berkat panggilan kawan2 ofis, menjadikan ia satu doa..syukurlah..maaf kalo ada terasa dalam enrty aku kali ni...peringatan ini sebenarnya ditujukan buat aku..dan aku ingin berkongsi segala kebaikan yang ada..semoga kita sama2 menjadi yang lebih baik..amin..

P/s : Sampaikan walaupon sepotong ayat.

No comments:

Post a Comment